Friday, May 23, 2008

KEWAJIBAN MENUNTUT ILMU

Sabda Rasululluh saw

طلب العلم فريضة على كل مسلم
Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam.
Ilmu itu penting dan manusia sangat memerlukan dan berhajat kepadanya. Ilmu dipelajari sejak dari buaian sehinggalah hingga ke liang lahad. Islam menyuruh kita menuntut ilmu hingga ke negeri China. Kita disuruh menuntut ilmu yang halal ke merata tempat Kita disuruh menuntut ilmu fardhu ain iaitu ilmu agama dan juga ilmu fardhu kifayah seperti matematik, Sains, Geografi dan lain-lain lagi..

Seseorang yang berilmu sudah tentu akan mencapai kecemerlangan hidup. Kita akan bebas daripada belenggu kejahilan dan kemunduran.

Untuk kali ini saya bacakan Nasihat imam Al-Ghazali tentang ilmu pengetahuan:
“ Belajarlah ilmu pengetahuan, kerana belajar semata-mata kerana Allah merupakan tanda taqwa, mencarinya adalah ibadat, mentelaahnya adakah tasbih, menyelidikinya adalah jihad, mengajarkannya kepada yang tidak mengetahui adalah sedekah dan meyampaikan kepada ahlinya adalah kebaktian.”

Kata Imam Al- Ghazali lagi,
“Ilmu adalah kawan di waktu sunyi, petunjuk jalan agama, pendorong ketabahan di kala kekurangan dan kesukaran.”
“Allah meninggikan sesuatu kaum kerana ilmu yang mereka miliki, Allah jadikan mereka pemimpin, penghulu dan pembimbing yang diikuti petunjuknya..
Mereka dicontohi, ditirui dan diteladani.”
Kesimpulannya. fahamilah nasihat-nasihat Imam Al-Ghazali di atas mudah-mudahan kita mendapat pertunjuk hidup di dunia dan di akhirat. Sekian.


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya,
‘Duduk bersendirian lebih baik dari mendekati orang yang fasiq,
bergaul dengan orang yang soleh lebih baik dari duduk bersendirian’

(Hadis Riwayat Hakim)