Tuesday, February 24, 2009

Mufti oh Mufti

... samb

"Menurut data Technorati, sehingga Julai 2007, jumlah bilangan blog ialah 89.9 million; dan sejumlah 175,000 blog baru dan 1.6 million posting sehari; dan lebih dari 18 blog dikemaskini setiap saat". (Technocrati, 2007).

Dengan perkembangan media baru seperti internet dan sebagainya, satu ruang yang cukup luas telah tersedia kepada sesiapa sahaja untuk menjadi mufti. Sama ada individu, organisasi atau kumpulan tertentu boleh memberi pendapat mengenai sesuatu hukum atau isu agama yang dimainkan di alam maya tersebut. Mereka boleh menggunakan pelbagai saluran samada dengan membina laman web atau blog, e-groups, e-mail, dan juga ruangan komentar dan pelawat. Ruangan-ruangan tersebut dimanfaatkan dengan melontarkan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan sesuatu hukum, komentar terhadap cara perlaksanaannya atau kesesuaian diamalkan mengikut ciri-ciri demografi tertentu seperti sesuatu daerah atau benua, di iklim politik majoriti Islam atau minoriti Islam dan sebagainya.

Cuma persoalan yang perlu dilihat, apakah dengan perkembangan ini dapat menyebarluaskan lagi agama Islam di muka bumi ini, atau sebaliknya?

Vit Sisler dalam artikel beliau bertajuk "The Internet and the construction of Islamic Knowledge in Europe" ada menyentuh mengenai isu ini di Europe. Namun, cukup bagi kita melihat perkembangan ini dalam konteks negara kita. Di Malaysia sahaja, perkembangan blogs amat pesat sehingga boleh mencabar kuasa politik pemerintah seperti yang berlaku pada PRU12 yang lalu, juga turut memberi kesan negatif kepada media massa arus Kerajaan. Adakah juga ia akan mencabar autoriti pihak berkuasa agama seperti mufti dan badan badan agama Kerajaan yang lain? Apakah cabaran tersebut akan disahut?
Sekian .

Sunday, February 22, 2009

Islam dan Cyberspace

Assalamualaikum.. rupanya sudah lama Lebai tidak menulis posting yang baru. sebenarnya, Lebai cuma sibuk menyaksikan wayang Allah SWT yang baru ditayangkan di Perak dan seluruh Malaysia. Dengan rampasan kuasa, foto kurang enak, perletakan jawatan exco, kepulangan hamba-Nya ke rahmatullah dan pasukan Kedah yg sudah menemui setuhan serta EPL yang masuk ke babak2 terakhir, semuanya menjadikan Lebai sedikit cuai dalam aktiviti blogger ini.

Sejak akhir2 ini, insitusi Mufti pula digunakan oleh pihak pemerintah Malaysia di negeri2, samada secara sedar atau tidak mereka turut sama dipalit dengan ombak tsunami politik yang tak sudah2. Lebai tidak berniat untuk mengulas perkara tersebut cuma perkara yang Lebai nak kongsikan ini ada berkaitan dengan institusi tersebut.

Bagi golongan minoriti Islam di Barat, antara kesusahan yang dihadapi dalam kehidupan mereka ialah dalam usaha untuk mengamalkan semua ajaran Islam yang sebenar. Hidup di negara yang majoriti orang bukan Islam menyebabkan mereka kekurangan sumber rujukan terutamanya dari sudut fatwa dan hukum bagi sesuatu perkara.

Dengan teknologi yang canggih berasaskan computer-mediated communicatiion (CMC) golongan minoriti Islam ini banyak menggunakan internet sebagai medium utama rujukan mereka mengenai fatwa dan hukumhakam. Dengan kebanjiran laman-laman web dan blog yang membicarakan mengenai Islam telah memudahkan mereka untuk mendapat fatwa dan menyelesaikan permasalahan mereka dalam bidang agama terutamanya seperti Islamonline, yang diasaskan oleh Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Persoalannya, bagaimana pula di Malaysia?adakah fenomena ini juga turut berlaku? apakah peranan Mufti2 di Malaysia selaras dengan perkembangan CMC di Malaysia? atau sekadar menjadi pak turut dalam perkara maksiat? sambungan.....