Tuesday, February 24, 2009

Mufti oh Mufti

... samb

"Menurut data Technorati, sehingga Julai 2007, jumlah bilangan blog ialah 89.9 million; dan sejumlah 175,000 blog baru dan 1.6 million posting sehari; dan lebih dari 18 blog dikemaskini setiap saat". (Technocrati, 2007).

Dengan perkembangan media baru seperti internet dan sebagainya, satu ruang yang cukup luas telah tersedia kepada sesiapa sahaja untuk menjadi mufti. Sama ada individu, organisasi atau kumpulan tertentu boleh memberi pendapat mengenai sesuatu hukum atau isu agama yang dimainkan di alam maya tersebut. Mereka boleh menggunakan pelbagai saluran samada dengan membina laman web atau blog, e-groups, e-mail, dan juga ruangan komentar dan pelawat. Ruangan-ruangan tersebut dimanfaatkan dengan melontarkan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan sesuatu hukum, komentar terhadap cara perlaksanaannya atau kesesuaian diamalkan mengikut ciri-ciri demografi tertentu seperti sesuatu daerah atau benua, di iklim politik majoriti Islam atau minoriti Islam dan sebagainya.

Cuma persoalan yang perlu dilihat, apakah dengan perkembangan ini dapat menyebarluaskan lagi agama Islam di muka bumi ini, atau sebaliknya?

Vit Sisler dalam artikel beliau bertajuk "The Internet and the construction of Islamic Knowledge in Europe" ada menyentuh mengenai isu ini di Europe. Namun, cukup bagi kita melihat perkembangan ini dalam konteks negara kita. Di Malaysia sahaja, perkembangan blogs amat pesat sehingga boleh mencabar kuasa politik pemerintah seperti yang berlaku pada PRU12 yang lalu, juga turut memberi kesan negatif kepada media massa arus Kerajaan. Adakah juga ia akan mencabar autoriti pihak berkuasa agama seperti mufti dan badan badan agama Kerajaan yang lain? Apakah cabaran tersebut akan disahut?
Sekian .

Sunday, February 22, 2009

Islam dan Cyberspace

Assalamualaikum.. rupanya sudah lama Lebai tidak menulis posting yang baru. sebenarnya, Lebai cuma sibuk menyaksikan wayang Allah SWT yang baru ditayangkan di Perak dan seluruh Malaysia. Dengan rampasan kuasa, foto kurang enak, perletakan jawatan exco, kepulangan hamba-Nya ke rahmatullah dan pasukan Kedah yg sudah menemui setuhan serta EPL yang masuk ke babak2 terakhir, semuanya menjadikan Lebai sedikit cuai dalam aktiviti blogger ini.

Sejak akhir2 ini, insitusi Mufti pula digunakan oleh pihak pemerintah Malaysia di negeri2, samada secara sedar atau tidak mereka turut sama dipalit dengan ombak tsunami politik yang tak sudah2. Lebai tidak berniat untuk mengulas perkara tersebut cuma perkara yang Lebai nak kongsikan ini ada berkaitan dengan institusi tersebut.

Bagi golongan minoriti Islam di Barat, antara kesusahan yang dihadapi dalam kehidupan mereka ialah dalam usaha untuk mengamalkan semua ajaran Islam yang sebenar. Hidup di negara yang majoriti orang bukan Islam menyebabkan mereka kekurangan sumber rujukan terutamanya dari sudut fatwa dan hukum bagi sesuatu perkara.

Dengan teknologi yang canggih berasaskan computer-mediated communicatiion (CMC) golongan minoriti Islam ini banyak menggunakan internet sebagai medium utama rujukan mereka mengenai fatwa dan hukumhakam. Dengan kebanjiran laman-laman web dan blog yang membicarakan mengenai Islam telah memudahkan mereka untuk mendapat fatwa dan menyelesaikan permasalahan mereka dalam bidang agama terutamanya seperti Islamonline, yang diasaskan oleh Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Persoalannya, bagaimana pula di Malaysia?adakah fenomena ini juga turut berlaku? apakah peranan Mufti2 di Malaysia selaras dengan perkembangan CMC di Malaysia? atau sekadar menjadi pak turut dalam perkara maksiat? sambungan.....

Wednesday, August 20, 2008

De-Islamisasi: Satu Pengertian

Assalamualaikum semua. dah lama Lebai tidak bersua dengan artikel terbaru. Ini semua adalah atas kelemahan LEbai sendiri. Tetapi bukan Lebai asyik tengok TV macam sesetengah orang yang lain. Cuma sibuk membuat sedikit reach-search.

Kalau KITA asyik tengok Tv sebagai contoh, atau internet yang mempunyai akses kepada perkara2 yang boleh melalaikan, maka sebenarnya KITA sedang terdedah kepada satu proses kepada penghakisan iman dan penurunan tahap penghayatan Islam, yang berlaku secara sedar atau tidak. (Zulkiple Abd Ghani: 2003). Sebagai contoh, apabila KITA selesai mendengar ceramah atau kuliah agama, iman KITA semakin meningkat. Tetapi, apabila KITA pulang, dan membuka televisyen, dengan Kuch Kuch Hota Hai, Liontin, Bawang Putih Bawang Merah dan Akademi Fantasia misalnya, sekadar menyebut beberapa program, iman KITA akan mula berkurangan semula, malah mungkin sehingga terhakis dari diri KITA. Inilah yang dinamakan de-Islamisasi.

Abdul Ghafar Don dan Zaleha Mohd Ali dalam buku yang bertajuk 'Dakwah dan Cabaran De-Islamisasi di Malaysia' banyak menghuraikan mengenai perkara ini. Namun, sekadar untuk berkongsi istilah dan pemahaman tentang perkara ini, Lebai sekadar memetik dan memaparkan mengenai pengertian dari sudut epistimologi sahaja.

Menurut kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003), perkataan de ialah mengurangkan dan menghilangkan sesuatu manakala perkataan islamisasi membawa maksud proses bagi mengislamkan sesuatu mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Manakala menurut Kamus Dewan (2000), Islamisasi diertikan sebagai satu usaha atau proses yang menjadikan patuh, sejajar dengan ajaran Islam.

Dalam Kamus Za'ba (2000), perkataan Islamisasi boleh diertikan sebagai usaha atau proses untuk menjadikan segala urusan sejajar dan sesuai dengan ajaran Islam atau memperlihatkan pengislaman daripada segenap aspek yang merangkumi sosial, politik dan ekonomi.

Apabila perkataan Islamisasi digabungjalinkan dengan perkataan de telah membawa maksud yang berbeza. Perkataan De-Islamisasi membawa maksud suatu usaha atau tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam di mana berlakunya penghakisan iman serta penurunan penghayatan Islam hasil daripada memanipulasikan nilai-nilai yang diimport dari Barat.

Sebagai kesimpulan, KITA sebagai umat Islam yang cintakan agama, Nabi Muhammad s.a.w. dan negara perlu mengambil berat mengenai sebelum ianya menjadi lebih parah. KITA yang semua perlu sentiasa memberi peringatan, nasihat dan teguran antara satu sama lain mengikut kadar kemampuan dan ilmu masing-masing seperti yang dijelaskan oleh Dr Abd Karim Zaidan dalam bukunya Usul al-Dakwah, dan jangan pula hanya memeluk tubuh sahaja kerana ia akan menjadikan KITA sebagai golongan baik yang akan dibinasakan oleh ALLAH s.w.t. seperti yang Lebai jelaskan dalam posting Lebai sebelum ini. Firman Allah s.w.t. dalam surah ali-Imran ayat 104:
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar;
merekalah orang-orang yang beruntung.

Tuesday, July 8, 2008

Antara Lebai, PROTES dan ...

Pada malam 5 Julai 08, Lebai kawan ajak Lebai pi demo PROTES. Lebai mulanya agak takut juga sbb nk kena bertempur dengan polis. setelah dicabar, akhirnya Lebai setuju untuk pergi ke stadium MPPJ. Malam tu, Lebai tidur-tidur ayam je, sebab terbayang bagaimana akan berlaku esok.... nk pakai baju apa? bawa baju spare untuk menyamar ka? kalau ada roadblock, nk bagialasan apa kat puak2 polis tu?nk lari kot mana kalau kena kejar dengan FRU?kalau kena tangkap, apa akan jd dengan masa depan Lebai, perkhidmatan, dan pengajian?

Kring--kring.., mesej masuk dari lebai kawan suruh siap awal, esok tepat jam 8 pg kita akan bertolak ke tempat RALLY tersebut.

8 pg- selepas Lebai menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga tercinta, Lebai pun bertolak ke tempat berkunpul, iaitu di rumah lebai kawan di Serdang. Kami bertiga dengan menaiki motor melalui jalan Astro.. dan terus ke SUnway, tempat Lebai masa muda2 dulu... ingat lagi kah wahai Mie ABu dan Jib Balingi. sepanjang perjalanan, jalan x jem, satu roadblock pun tarak. Cuma selisih denngan prebet polis naik motor ke arah tempat yang sama. seramai 4 orang.

10pg- tepat sampai di MPPJ stadium. ramai gak orang kat situ. di luar ada gerai, di dalam orang ramai telah penuh memenuhi separuh tempat duduk stadium. Kelihatan ada beberapa pengacara majlis yang mengendalikan program dalam stadium. yang pasti, bukan dari parti PAS. Dengan suasana yang hingar bingar tu, ada beberapa orang silih berganti memeberi ucapan. Yang Lebai ingat antaranya Dr. Hatta, Tian Chua dan Ronnie Liu, dan hampir sepuluh oranng berucap sehingga kul 12.30. Lebai tak faham apa-apa dr ucapan tersebut, yang jelas cuma "REFORMASI" :TURUN HARGA MINYAK" dan sewaktunya. Lebai dah boring, and tiba2 ada kugiran mana tak tau yang mula menyanyi.

12.30-Lebai tengok di belakang, pakcik, makcik, kumpulan muslimat PAS semuanya muka boring. Lebai pun ajak lebai kawan keluar dr stadium. baik pi dengar ceramah kt tempat orang jual CD. Sambil tu dengar MC kata petang nnti Abang Mat Sabu nk mai, Nurul Izzah, TG Nik Aziz dan Tan Sri Khalid. Lebai kata dalam hati.. puak ni dok jual nama Abang Mat Sabu la, nk bg orang tunggu.

2 ptg-Lepas semua penyokong PROTES solat zohor di masjid berdekatan, terdengar suara yang mengatakan Mat Sabu akan sampai. Sambil tu, Lebai lihat beberapa orang termasuk orang tua mengeluarkan sorang sepeket garam. Lebai tanya, nak buat apa tu? depa kata, garam ni standby, kalau kena water canon, cepat2 makan garam, badan jadi tak lemah. Habis, nampak gayanya kena buang la garam ni, FRU x nampak pun, yang ada polis pacak 4-5 orang dok makan nasi bungkus. pompuan pulak tu. demo apa???

3ptg-Lebai tunggu lagi nk dengar Abang Mat je, tp 3.30 tak muncul2.yang ada terdengar gendang tarian Hindu dan tarian naga. Lebai kawan kata " ni mcm jom heboh ja". bukan PROTES, tp seronok sbb minyak naik. akhirnya, Lebai buat keputusan 'blah' tepat jam kul 4 ptg... dengan perasaan protes program PROTES.. balik dengan hampa x dapat merasai pengalaman demonstrasi, yang kali terakhir masa buat degree dulu...

Friday, June 27, 2008

KONSEP DAN PENGERTIAN OKSIDENTALISME

Artikel ini adalah sedutan dari satu kertas kerja yang Lebai telah bentangkan dalam satu kursus yang diambil. Tujuan Lebai memaparkan di sini adalah untuk berkongsi dengan semua pembaca tentang ilmu ini, yang mana sebagai seorang Islam kita amat memerlukan kefahaman ilmu ini mungkin sebagai persiapan dan senjata kepada kita di masa depan. Dua link dalam News disebelah adalah akhbar yang diterbitkan oleh Zionis dan Barat yang kurang dipaparkan di media negara kita tetapi penting bagi kita membacanya. Link ini adalah satu usaha Lebai untuk kita terjun ke dalam ilmu Oksidentalisme ini dengan mengetahui tentang Barat. Harapan Lebai bagi yang arif dalam Bahasa Inggeris terutama sahabat Nazif al-Balingi dapat juga membaca dan memahamkan Lebai mengenai berita terbaru yang berlaku di Timur Tengah dan Barat umumnya.

Hassan Hanafi, seorang Profesor Falsafah dari University Cairo mendefinisikan Oksidentalisme dalam bahasa Arab sebagaiالأستغراب seperti judul kepada buku beliau iaitu Muqaddima fi ’Ilmi al-Istighrab (Pengenalan kepada Sains mengenai Oksidentalisme). Walau bagaimana pun, dalam memahami secara tepat mengenai bidang ilmu Oksidentalisme ini, kita perlu mengetahui serangkai empat perkataan penting yang berkaitan dengannya. Takrifan bagi setiap perkataan ini diambil dari istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, iaitu Occident, Occidental, Occidentalism dan Occidentalist.

Menurut Shorter Oxford English Dictionary (Fifth Edition, Oxford: Oxford University Press,2002) istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut:
¨ Occident bermaksud the part of the world to the west of some recognized
part, i.e. western Europe, Europe and America, or the western hemisphere; the civilization or culture of the West (noun) …situated un the west, western (adjective);
¨ Occidental pula bermaksud a native or inhabitant of the West, a western
country or region (noun) …of, situated in, or characteristics of western countries or regions; of the West, Western (adjective);
¨ Occidentalism pula ialah occidental quality, style, or character; Western
customs, institutions, characteristics, etc. (noun);
¨ Occidentalist membawa maksud (a) a person who favours or advocates Western customs, ideas, etc. (b) a student of Western languages and institutions (c) an advocate or user of the language Occidental.


Berdasarkan kepada maksud di atas, dapat saya simpulkan dengan secara mudah bahawa Occident merujuk kepada tempat, Occidental adalah orang-orangnya, Occidentalism merujuk kepada ilmunya manakala Occidentalist merujuk kepada sarjana atau pengkajinya.

Konsep Oksidentalisme

Menurut Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2004), Oksidentalisme merangkumi dua aspek atau ruang utama yang perlu diberi perhatian. Aspek-aspek ini akan dapat memberi faham yang jelas mengenai Oksidentalisme. Aspek yang pertama ialah aspek fizikal, yang berkait rapat dengan kedudukan geografi. Oksidentalisme merangkumi kawasan Eropah Barat dan Timur, benua Amerika Utara dan Amerika Selatan, wilayah Nordik (iaitu Denmark, Sweden, Finland, Norway dan Iceland). Termasuk juga wilayah Mediterranean (Greece, Italy, Cyprus, Malta, dan lain-lain) wilayah Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal), Australiasia (Australia, New Zealand, Caledonia dan New Hybrides) dan Rantau Russia (termasuk wilayah Asia Tengah).

Manakala aspek kedua ialah aspek abstrak, yang berkaitan dengan perkara bukan fizikal. Tergolong dalam aspek ini adalah ruang epistemologi, keilmuan, sosial, peradaban, budaya, pasaran dan selainnya yang dari sebahagian besarnya terikat kepada ruang fizikal tadi. Tetapi ada bahagian-bahagian lain yang wujud dan berkembang di luar kawasan tersebut, seperti dalam ruang sosial yang berbentuk kehidupan bersifat kosmopolitan-bandar-moden di seluruh dunia. Maka ukuran dan sempadan fizikal itu cair dalm konteks abstrak ini, malah kadang-kadang tidak relevan. Dr. Shamsul Amri juga meringkaskan Occidentalism, sebagai sesuatu yang abstrak, bukan hanya wujud atau terikat kepada wilayah Occident semata-mata malah wujud juga di wilayah Orient dan di kawasan masyarakat Non-Western (bukan Barat) selainnya. Maka Occidentalist juga terdapat di luar kawasan Occident.

Justeru, sekiranya dibandingkan antara dua aspek ini, aspek pertama iaitu apek fizikal lebih mudah untuk ditentukan dan dikenalpasti berbanding dengan aspek abstrak. Ini kerana aspek fizikal dapat dilihat dengan jelas tanpa memerlukan kepada penelitian dan pengkajian sedangkan aspek abstrak agak kabur, memerlukan kepada penelitian dan pengkajian. Ahmad Murad Merican (2007) semasa membentangkan satu kertas kerja pada forum ‘Stereotyping by the Media: Implications for South Nations’ menyatakan:
“The issue of stereotyping falls under this concept of abstract space; generally categorized as epistemological space. And this includes theories and knowledge, the social, cultural, political, economic, and scientific, which for the most part are linked to the geography of the Occident. But there are other spaces that fall outside that geography such as urban life and modernization which happens outside that geographical space of the Occident. The borders are fluid and fuzzy, at times, not relevant. But this time, it is this fuzziness that is relevant, for it places such categorizations as 'terrorists,', 'extremists,' and 'moderate,' for in stance, as subjective, constructed, and perhaps false.”

Walau bagaimanapun, aspek abstrak inilah yang akan memberi impak kepada usaha-usaha dakwah, dengan membuka ruang dan menyediakan medium dan peluang untuk para pendakwah seperti yang akan dijelaskan nanti.