Artikel ini adalah sedutan dari satu kertas kerja yang Lebai telah bentangkan dalam satu kursus yang diambil. Tujuan Lebai memaparkan di sini adalah untuk berkongsi dengan semua pembaca tentang ilmu ini, yang mana sebagai seorang Islam kita amat memerlukan kefahaman ilmu ini mungkin sebagai persiapan dan senjata kepada kita di masa depan. Dua link dalam News disebelah adalah akhbar yang diterbitkan oleh Zionis dan Barat yang kurang dipaparkan di media negara kita tetapi penting bagi kita membacanya. Link ini adalah satu usaha Lebai untuk kita terjun ke dalam ilmu Oksidentalisme ini dengan mengetahui tentang Barat. Harapan Lebai bagi yang arif dalam Bahasa Inggeris terutama sahabat Nazif al-Balingi dapat juga membaca dan memahamkan Lebai mengenai berita terbaru yang berlaku di Timur Tengah dan Barat umumnya.
Hassan Hanafi, seorang Profesor Falsafah dari University Cairo mendefinisikan Oksidentalisme dalam bahasa Arab sebagaiالأستغراب seperti judul kepada buku beliau iaitu Muqaddima fi ’Ilmi al-Istighrab (Pengenalan kepada Sains mengenai Oksidentalisme). Walau bagaimana pun, dalam memahami secara tepat mengenai bidang ilmu Oksidentalisme ini, kita perlu mengetahui serangkai empat perkataan penting yang berkaitan dengannya. Takrifan bagi setiap perkataan ini diambil dari istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, iaitu Occident, Occidental, Occidentalism dan Occidentalist.
Menurut Shorter Oxford English Dictionary (Fifth Edition, Oxford: Oxford University Press,2002) istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut:
¨ Occident bermaksud the part of the world to the west of some recognized
part, i.e. western Europe, Europe and America, or the western hemisphere; the civilization or culture of the West (noun) …situated un the west, western (adjective);
¨ Occidental pula bermaksud a native or inhabitant of the West, a western
country or region (noun) …of, situated in, or characteristics of western countries or regions; of the West, Western (adjective);
¨ Occidentalism pula ialah occidental quality, style, or character; Western
customs, institutions, characteristics, etc. (noun);
¨ Occidentalist membawa maksud (a) a person who favours or advocates Western customs, ideas, etc. (b) a student of Western languages and institutions (c) an advocate or user of the language Occidental.
Berdasarkan kepada maksud di atas, dapat saya simpulkan dengan secara mudah bahawa Occident merujuk kepada tempat, Occidental adalah orang-orangnya, Occidentalism merujuk kepada ilmunya manakala Occidentalist merujuk kepada sarjana atau pengkajinya.
Konsep Oksidentalisme
Menurut Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2004), Oksidentalisme merangkumi dua aspek atau ruang utama yang perlu diberi perhatian. Aspek-aspek ini akan dapat memberi faham yang jelas mengenai Oksidentalisme. Aspek yang pertama ialah aspek fizikal, yang berkait rapat dengan kedudukan geografi. Oksidentalisme merangkumi kawasan Eropah Barat dan Timur, benua Amerika Utara dan Amerika Selatan, wilayah Nordik (iaitu Denmark, Sweden, Finland, Norway dan Iceland). Termasuk juga wilayah Mediterranean (Greece, Italy, Cyprus, Malta, dan lain-lain) wilayah Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal), Australiasia (Australia, New Zealand, Caledonia dan New Hybrides) dan Rantau Russia (termasuk wilayah Asia Tengah).
Manakala aspek kedua ialah aspek abstrak, yang berkaitan dengan perkara bukan fizikal. Tergolong dalam aspek ini adalah ruang epistemologi, keilmuan, sosial, peradaban, budaya, pasaran dan selainnya yang dari sebahagian besarnya terikat kepada ruang fizikal tadi. Tetapi ada bahagian-bahagian lain yang wujud dan berkembang di luar kawasan tersebut, seperti dalam ruang sosial yang berbentuk kehidupan bersifat kosmopolitan-bandar-moden di seluruh dunia. Maka ukuran dan sempadan fizikal itu cair dalm konteks abstrak ini, malah kadang-kadang tidak relevan. Dr. Shamsul Amri juga meringkaskan Occidentalism, sebagai sesuatu yang abstrak, bukan hanya wujud atau terikat kepada wilayah Occident semata-mata malah wujud juga di wilayah Orient dan di kawasan masyarakat Non-Western (bukan Barat) selainnya. Maka Occidentalist juga terdapat di luar kawasan Occident.
Justeru, sekiranya dibandingkan antara dua aspek ini, aspek pertama iaitu apek fizikal lebih mudah untuk ditentukan dan dikenalpasti berbanding dengan aspek abstrak. Ini kerana aspek fizikal dapat dilihat dengan jelas tanpa memerlukan kepada penelitian dan pengkajian sedangkan aspek abstrak agak kabur, memerlukan kepada penelitian dan pengkajian. Ahmad Murad Merican (2007) semasa membentangkan satu kertas kerja pada forum ‘Stereotyping by the Media: Implications for South Nations’ menyatakan:
“The issue of stereotyping falls under this concept of abstract space; generally categorized as epistemological space. And this includes theories and knowledge, the social, cultural, political, economic, and scientific, which for the most part are linked to the geography of the Occident. But there are other spaces that fall outside that geography such as urban life and modernization which happens outside that geographical space of the Occident. The borders are fluid and fuzzy, at times, not relevant. But this time, it is this fuzziness that is relevant, for it places such categorizations as 'terrorists,', 'extremists,' and 'moderate,' for in stance, as subjective, constructed, and perhaps false.”
Walau bagaimanapun, aspek abstrak inilah yang akan memberi impak kepada usaha-usaha dakwah, dengan membuka ruang dan menyediakan medium dan peluang untuk para pendakwah seperti yang akan dijelaskan nanti.