Tuesday, February 24, 2009

Mufti oh Mufti

... samb

"Menurut data Technorati, sehingga Julai 2007, jumlah bilangan blog ialah 89.9 million; dan sejumlah 175,000 blog baru dan 1.6 million posting sehari; dan lebih dari 18 blog dikemaskini setiap saat". (Technocrati, 2007).

Dengan perkembangan media baru seperti internet dan sebagainya, satu ruang yang cukup luas telah tersedia kepada sesiapa sahaja untuk menjadi mufti. Sama ada individu, organisasi atau kumpulan tertentu boleh memberi pendapat mengenai sesuatu hukum atau isu agama yang dimainkan di alam maya tersebut. Mereka boleh menggunakan pelbagai saluran samada dengan membina laman web atau blog, e-groups, e-mail, dan juga ruangan komentar dan pelawat. Ruangan-ruangan tersebut dimanfaatkan dengan melontarkan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan sesuatu hukum, komentar terhadap cara perlaksanaannya atau kesesuaian diamalkan mengikut ciri-ciri demografi tertentu seperti sesuatu daerah atau benua, di iklim politik majoriti Islam atau minoriti Islam dan sebagainya.

Cuma persoalan yang perlu dilihat, apakah dengan perkembangan ini dapat menyebarluaskan lagi agama Islam di muka bumi ini, atau sebaliknya?

Vit Sisler dalam artikel beliau bertajuk "The Internet and the construction of Islamic Knowledge in Europe" ada menyentuh mengenai isu ini di Europe. Namun, cukup bagi kita melihat perkembangan ini dalam konteks negara kita. Di Malaysia sahaja, perkembangan blogs amat pesat sehingga boleh mencabar kuasa politik pemerintah seperti yang berlaku pada PRU12 yang lalu, juga turut memberi kesan negatif kepada media massa arus Kerajaan. Adakah juga ia akan mencabar autoriti pihak berkuasa agama seperti mufti dan badan badan agama Kerajaan yang lain? Apakah cabaran tersebut akan disahut?
Sekian .

No comments: