Monday, June 16, 2008

USUL 20 IMAM HASAN AL BANNA

ASAS PERTAMA:
Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah
negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau
rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah
atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Keterangan 1:
Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh
kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firman
Allah:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا آَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَآْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
(28)
“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28)
Menyeluruh kerana Islam menghukum seluruh urusan hidup manusia,
menghukum segala sesuatu yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang
bersangkut dengan apa yang mereka lakukan. Ini dibuktikan oleh firman Allah:
( مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ( 38
“Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab” (S 6:38)
dan firman Allah:
( وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ ( 89
“Untuk menjelaskan segala sesuatu”(S 16:89)
Di atas dasar sifat-sifat Islam yang tetap dan tiada berubah inilah Al-
Mursyid Hasan Al-Banna Rahimahullah telah berbicara dalam asas yang
pertama ini untuk menjelaskan sebahagian dari perkara-perkara yang
terkandung dalam Islam. Penjelasan yang dibuat oleh Al-Mursyid ini
Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana 4
diperkuatkan lagi oleh Al-Quran, yang mana di dalam Al-Quran kita dapati
ayat-ayat yang bersangkutan dengan hukum, ayat-ayat yang bersangkutan
dengan sembahyang, ayat-ayat yang bersangkutan dengan mu’amalat,
kehakiman dan seterusnya.

No comments: